Catatan Redaksi

Apabila ada pihak yang merasa dirugikan dan atau keberatan dengan penayangan artikel dan atau berita, anda dapat juga mengirimkan artikel atau berita sanggahan dan koreksi kepada redaksi kami, sebagaimana diatur dalam pasal 1 ayat (11 dan 12) undang-undang Nomor 40 tahun 1999 tentang Pers. Artikel/berita dimaksud dapat dikirimkan melalui email Redaksi atau Hubungi No telpon tercantum di bok redaksi

Iklan Disini

Breaking News

Pelancong China kongsi pengalaman buruk ketika melancong ke Malaysia dan bertaubat tak nak datang lagi


Malaysia, RADAR007.co.id - Pelancong China kongsi pengalaman buruk ketika melancong ke Malaysia dan bertaubat tak nak datang lagi.

Berita ini hingga naik, seorang pelancong dari China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman buruknya semasa melancong ke Malaysia dan menyatakan bahawa dia ‘taubat’ tidak akan datang ke negara ini lagi. Kamis, (24/10/2024).

Pelancong tersebut merasa kecewa selepas menghadapi kesukaran dengan ketiadaan papan tanda dalam bahasa Cina serta masalah memahami bahasa Inggeris tempatan. Dia berkongsi pengalaman yang mengecewakan semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika ingin membeli tiket KLIA Ekspres.

KLIA Ekspres merupakan perkhidmatan tanpa henti dari KLIA ke Kuala Lumpur Sentral dengan harga RM55 untuk seorang dewasa. Namun, pelancong itu menyangka tambang adalah RM8.50 untuk perjalanan dari KLIA ke Kuala Lumpur, yang sebenarnya merupakan harga bagi perkhidmatan KLIA Transit, yang berhenti di beberapa stesen dan mempunyai tambang yang lebih rendah.

Disebabkan kurang memahami sistem tiket tersebut, dia meminta bantuan daripada seorang kakitangan. Walaupun dibantu untuk membuat pembayaran, dia terkejut apabila jumlah yang perlu dibayar adalah RM110 untuk dua tiket KLIA Ekspres. Lebih mengecewakan, pelancong tersebut menyatakan bahawa sekiranya dia tahu harga tambang lebih awal, dia lebih rela menggunakan Grab untuk ke pusat bandar dengan kos yang sama.

“Saya hampir tidak memahami bahasa Inggeris, dan sebutan orang tempatan sukar untuk saya fahami. Saya salah faham ia adalah perkhidmatan yang murah, tetapi rupanya adalah laluan ekspres yang mahal,” katanya.

Dia juga meluahkan kekecewaannya kerana tidak berjumpa kakitangan KLIA yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin. Usaha untuk mendapatkan bayaran balik turut gagal kerana halangan bahasa.

Kecewa dengan layanan yang dianggap kurang memuaskan, pelancong tersebut membuat laporan polis, namun diberitahu bahwa ia bukan perkara yang boleh diselesaikan oleh pihak berkuasa.

Hantaran pelancong itu mendapat perhatian netizen Malaysia, dengan pelbagai reaksi dan komen. Ada yang bersimpati dengan pengalaman pelancong tersebut, manakala ada juga yang menegaskan bahawa sebagai pelancong, dia perlu lebih bersedia dan memahami sistem tempatan.

Isu ketiadaan papan tanda dalam bahasa Cina turut mencetuskan perbincangan hangat, terutama dalam konteks Malaysia sebagai negara yang berbilang budaya.

( Tim / Redaksi

© Copyright 2022 - Radar007